
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Masih menyentuh sejarah Sintok dan kawasan sekitarnya. Hari ini saya dapat sekeping lagi gambar Sintok yang masih di dalam pembinaan..Cuma kali ini dari sudut yang berbeza..Dari atas Bukit Sintok..ehsan Saudara Wan Iskandar (sekarang orang penting dalam Telekom Malaysia).
Minggu lepas saya sempat berkenalan dengan seorang sahabat di Pejabat Timbalan Perdana Menteri...Kebetulan ada mesyuarat di sana. Beliau lahir di Bukit Tangga...(semua warga UUM mesti ingat tempat ini)..Habis keluaq pelat Kedah...Tergaliat lidah. Bukit Tangga terletak di bersebelahan Sintok..Bagi yang kerap ke Bukit Kayu Hitam, Bukit Tangga adalah jalan alternatif......Bagi ROTU pula, kawasan ini adalah tapak latihan compass marching...
Minggu lepas juga sempat membaca beberapa tulisan daripada Pensyarah UUM yang rajin menulis blog...menarik juga membacanya tetapi sedih kerana sudut pemikiran masih sempit dan tidak menyeluruh..Maaflah ya kepada Pensyarah-pensyarah yang mengenali saya..Tetapi tidaklah seperti bekas Pensyarah Azli Rahman (Pensyarah Lateral Thinking) sekarang berada di Amerika...Sampai Lim Kit Siang pun tag blog beliau....Kacau dunia ini.
Kita tutup dulu cerita Pensyarah..Bagaimana dengan adik-adik di UUM, saya yakin ramai yang mampu menulis blog dengan baik. Cuma kita tidak berkesempatan untuk bersua di alam maya ini..Harap-harap akan lahir lebih ramai blogger dan penulis daripada UUM ini..Jika pensyarah bising, jawab begini....Ini semuanya sebahagian daripada latihan untuk penulisan Ilmiah...Jika Boss bising?....Jangan curi tulang Skot...teringat pesan PW.Mat Deni..
Bagaimana dengan prestasi Naib Canselor baru....? Bagaimana dengan Alumni UUM..?
nota: Diantara sahabat yang saya kenal di dalam gambar Wan Iskandar dan Shaharzad...yang lain tu...minta maaflah ya...

No comments:
Post a Comment