
Minggu ini agak istimewa kerana dua tarikh bersejarah berkait rapat dengan diriku. Anakku Muhammad Hakeem akan menduduki UPSR pada esok hari. Elok-elok selepas habis UPSR, beliau akan menyambut Hari Malaysia pada jumaat 16hb Sep 2011. Menariknya, tahun ini disambut dirumah Datuknya sempena Rumah terbuka Eidul Fitri.
Kepada semua adik-adik yang akan menduduki UPSR dan khususnya kepada Anakanda, semoga kalian semua akan tenang menghadapi peperiksaan. Didoakan juga agar anda semua memperolehi kecemerlangan akademik dan menjadi pendorong kepada adik-adik yang lain.
Habis sahaja UPSR, kita akan bersama menyambut Hari Malaysia. Semoga melalui sambutan ini, kita dapat menelusur sejarah perjuangan atuk dan nenek kita memunggar dan menanam benih-benih watan dan membentuk Malaysia. Agar terbuka minda dan fikiran kita apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil titik peluh peninggalan mak, ayah dan mereka yang dahulu daripada kita.
Semoga kita juga pelajari bahawa apa yang kita warisi ini adalah satu amanah dan tanggungjawab untuk kita. Sebuah negara yang perlu dipertahankan dan dimajukan untuk anak cucu kita Insyaallah. Semoga peperiksaan UPSR ini mendewasakan pemikiran adik-adik dan seterusnya bersama kita menyambut Hari Malaysia yang bersejarah ini. Seterusnya kita lakar sejarah sebuah Bangsa Malaysia yang maju dan berjaya berpaksikan Aliff, Ba dan Ta...
Kepada rakan-rakan yang penah belajar bersama di UUM Sintok, Semoga anak-anak kalian berjaya di dalam UPSR kali ini dan Selamat Menyambut Hari Malaysia. Tidak lupa juga buat adik-adik yang sedang berjuang di bumi Sintok. Semoga kalian mamahami erti sebuah negara Bangsa.

No comments:
Post a Comment